Rabu, 7 November 2012

Pemasaran secara online

Assalamualaikum, tuan/puan.
Pagi ini cik malesa shela nampak ceria.
Ada produk untuk dipasarkan di internet? Antara caranya:
  1.  laman web sosial: facebook, twitter 
  2.  blog
  3.  teks dan banner di blog/website yang popular seperti blog kasih aleeya. atau webportal.com.my
  4.  direktori iklan percuma spt mudah.com.my
  5.  forum online
  6.  emel
  7.  engin carian: daftarkan contohnya di http://www.addme.com/

Blog: Nasihat pemasaran untuk pemilik blog, harus gunakan:
  • keyword yang popular bagi engin carian
  • link laman web produk di blog
  • maklumat produk untuk sentiasa berfaedah kepada pembaca
  • pelanggan menjadi follower / friend dalam FB
  • komen blog lain dan tinggalkan link
Forum adalah seperti chatbox dalam blog. Boleh membina reputasi dengan menjawab soalan. Jangan hantar spam.

Emel adalah sangat berkesan.
Harus ada tajuk, ringkas, tepat, tonjolkan faedah dan isi penting/ kata kunci  di hadapan sekali.
Gunakan http:// untuk memulakan alamat web. Format huruf sekata. Profail dengan nama yang sebenar.
Kesilapan biasa emel: attachment besar, memaksa belian, spam, isi terlalu panjang dan bahasa yang tidak professional/standard.

Catatan
 Ahmad Zabidin
S/U Koperasi

Selasa, 6 November 2012

Pembayaran secara online

Menurut Cik Intan, faedah membuat perniagaan online ialah ia boleh menawarkan pelbagai cara pembayaran. Umumnya kaedah2 ini  mudah, pantas,  dan boleh digunakan secara global. Ini mewujudkan persaingan yang sihat dengan peniaga lain. Antaranya produk boleh dibayar dengan cara:
-kad kredit/ kad debit
-internet banking/ATM (pemindahan wang)
-Western Union
-PayPal
-Wang pos, cek
-Cash on delivery (COD)

Internet banking agak sesuai kerana ia melibatkan
-peniaga meletakkan link kepada no akaun  di laman web apabila order dibuat ,
-pembeli melakukan pemindahan wang,
-faks/ emel/ sms bukti pembayaran (dengan menentukan nama barang dan amaun wang)
-peniaga menghantar barang.

Risiko perniagaan secara online ialah perlu talian internet, peniaga yang tidak jujur dan kesilapan semasa memasukkan wang. Bank perlu dimaklumkan dengan cepat jika berlaku masalah seperti ini. Cash on Delivery pula boleh dilakukan jika jarak adalah dekat.

Catatan: Ahmad Zabidin
S/U Koperasi

Membangun laman web perniagaan yang menarik

Pada hari ini, cik intan nur azreen mohammad radzi, menjelaskan beberapa fungsi lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan perhatian dari bakal pelanggan.


contohnya:
-widget newsfeeds, blogs dalam laman web
-link ke laman sosial kepunyaan koperasi (FB, twitter, blog),
-petunjuk prestasi laman web (counter, feedjit, poll),                        
-aktif dalam forum, group
-gunakan email signatures dgn alamat laman di bawah emel
-jualan t shirt/ beg dengan alamat laman web
-tajaan/ membantu dalam aktiviti kebajikan
-tawaran barangan percuma
-jualan semula barangan orang lain

Catatan

Ahmad Zabidin
Setiauaha Koperasi

Isnin, 5 November 2012

Pemeriksaan perubatan

Koperasi Kesihatan Barakah Klang Berhad adalah koperasi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara menyeluruh melalui Pusat Perubatan Barakah.

Apabila anda mencapai kumpulan umur tertentu, pemeriksaan kesihatan yang tertentu dapat membantu anda mengekalkan kesihatan yang optimum. Pemeriksaan rutin dan pengesanan awal adalah langkah penting ke arah kesihatan yang lebih baik.

Sila klik untuk produk kami seperti di sini


borang menjadi ahli baru koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Memohon menjadi ahli baru koperasi boleh dipermudahkan.

Borang ada di sini

Catatan:

Ahmad Zabidin Zakaria
Setiausaha Koperasi

Catatan kursus perniagaan melalui internet

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 6hb Nov 2012, seramai 3 orang anggota Koperasi Kesihatan Barakah Klang Berhad telah menghadiri kursus "CTT 421 Perniagaan Melalui Internet". Kursus ini dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia cawangan Timur di Bandar Bera Pahang. Penyelaras kursus iaitu Cik Malesa Shela Ta'yib menyatakan bahawa kursus selama 3 hari ini akan membolehkan peserta memajukan koperasi melalui perniagaan secara online.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan membuat email dan blog. Hasilnya ialah blog ini. Contoh blog koperasi ABC yang diajar pula agak menarik. Peserta koperasi, Puan Zamhani Zakaria pula telah memanfaatkan kursus ini untuk memajukan perniagaan beliau melalui blognya

Petang ini Cik Malesa akan meneruskan kepada topik " membangun laman web perniagaan yang berkesan dan interaktif."

catatan:

Ahmad Zabidin Zakaria
Setiausaha Koperasi.