Selasa, 6 November 2012

Pembayaran secara online

Menurut Cik Intan, faedah membuat perniagaan online ialah ia boleh menawarkan pelbagai cara pembayaran. Umumnya kaedah2 ini  mudah, pantas,  dan boleh digunakan secara global. Ini mewujudkan persaingan yang sihat dengan peniaga lain. Antaranya produk boleh dibayar dengan cara:
-kad kredit/ kad debit
-internet banking/ATM (pemindahan wang)
-Western Union
-PayPal
-Wang pos, cek
-Cash on delivery (COD)

Internet banking agak sesuai kerana ia melibatkan
-peniaga meletakkan link kepada no akaun  di laman web apabila order dibuat ,
-pembeli melakukan pemindahan wang,
-faks/ emel/ sms bukti pembayaran (dengan menentukan nama barang dan amaun wang)
-peniaga menghantar barang.

Risiko perniagaan secara online ialah perlu talian internet, peniaga yang tidak jujur dan kesilapan semasa memasukkan wang. Bank perlu dimaklumkan dengan cepat jika berlaku masalah seperti ini. Cash on Delivery pula boleh dilakukan jika jarak adalah dekat.

Catatan: Ahmad Zabidin
S/U Koperasi

Tiada ulasan: