Isnin, 5 November 2012

Catatan kursus perniagaan melalui internet

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 6hb Nov 2012, seramai 3 orang anggota Koperasi Kesihatan Barakah Klang Berhad telah menghadiri kursus "CTT 421 Perniagaan Melalui Internet". Kursus ini dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia cawangan Timur di Bandar Bera Pahang. Penyelaras kursus iaitu Cik Malesa Shela Ta'yib menyatakan bahawa kursus selama 3 hari ini akan membolehkan peserta memajukan koperasi melalui perniagaan secara online.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan membuat email dan blog. Hasilnya ialah blog ini. Contoh blog koperasi ABC yang diajar pula agak menarik. Peserta koperasi, Puan Zamhani Zakaria pula telah memanfaatkan kursus ini untuk memajukan perniagaan beliau melalui blognya

Petang ini Cik Malesa akan meneruskan kepada topik " membangun laman web perniagaan yang berkesan dan interaktif."

catatan:

Ahmad Zabidin Zakaria
Setiausaha Koperasi.

Tiada ulasan: